Sunday, December 31, 2017

DAY 2: BROMO TENGGER SEMERU NATIONAL PARK

DAY 2. So today kitorang bangun pada pukul 3.00. bangun. ok actually tak bangun pun haha sebab tak tidur langsung pun since sampai malam tadi haha dok sembang2 kat depan tu dengan sejuknya serius kipas takda function langsung. So supir baru kitorang dekat sini is mas izwan! atau nama comelnya mas iwan aja hahahaha. So siap2 packing2 breakfast biskut gery saluut (best biscuit ever in the world), at 3.45 kitorang bertolak dari homestay by jeep and pergi ke Bukit Penanjakan utk layan sunrise kt situ. So dari homestay tu bukan takat jeep je, yg ada naik motor/ojek pun ada, semua bergantung kt pakej masing2 lah.

Suhu kt situ seriusly sejuk gila tak tahan, even dah pakai windbreaker dgn glove dgn scarf pun still menggigil haha function lah jugak glove 10ribu beli semalam tu. So perjalanan dari homestay tu ke bukit tu takdelah jauh mana dalam 10 ke 15minit camtu lah kot. So sampai je kat sana dlm pukul 4 lebih, dah banyak gila jeep dah sampai kat situ. Mas izwan kata pukul 6 dah kena balik kt jeep, so kitorang pun ok jelah set time.

Masa otw nak naik bukit tu, ramai gila approach kitorang. Yg jual glove lah cap la, yg nk sewakan jaket pun lagi lah banyak, sewakan tikar pun ada haha lol. Then masa nk naik lagi tu, ada lah kedai2 kopi kat tepi jalan tu so sesiapa yang nak breakfast ke panaskan badan before tgok sunrise tu pun ok jugak.

Bila dah sampai je kat atas tu, boleh tahan lah ramainya. Aku pun apalagi terus pergi kt tempat depan sekali haha nk shoot sunrise punya pasal lah kan. So kitorang kt situ dari pukul 4, tengok bintang, taik dia, serius weh lawa gila bintang kat situ, since gelap lagi kan. Bila matahari dah naik, makin ramai lah orang kat situ, serius pack gila, nasib baik aku dh kt depan sekali dpt la view nice nice kan huhu. View dia pehh, bukit, then awan karpet pulak masyaAllah.

Dah agak2 nirvana sunrise tu dah naik up sikit, pergi viewpoint belah kanan sikit, shoot gambar bromo pulak. Serius aku cakap ini view paling lawa pernah aku tengok sepanjang hidup ni. Bila kau duduk situ, kau akan tenung je view tu, lihat keindahan ciptaanNya, duduk situ lama2, layan view, shoot gambar, sedar sedar dah dekat pukul 6 dah haha pantas masa berlalu ya. Kitorang datang ni hari khamis, taktau lah asal ramai sangat, maybe kalau datang time weekend mesti laaaaaaaagi ramai kot. Bila lagi ramai tourist, lagi crowded, lagi tak syok lah cite dia kan, so anda dinasihatkan datang pada weekdays ya.











So group up, ambik group photos (kak shima plg lambat), then gerak pergi jeep balik. Then mas izwan bawak pergi viewpoint lain pulak, yang ni otw turun dari penanjakan tu ke bromo. Viewpoint ni not bad lah, sebab matahari pun dah naik, so kat sini tak panas sangat, lighting pun semua baikkkkkkkkk. Then sambung gerak turun ke bawah. Taktau lah nk ckp cemana kan, masa dalam jeep tu just layan je view downhill tu, dah lah turun sepanjang sisi bukit tu, so memang nampak jelah awan karpet tu dari atas tadi sampai ke bawah kat bromo tu.




Sampai je kat bawah tu, 1st thing 1st, yes of course photoshoot sesssionnnn. Gambar kat sini dikira gambar paling hipster dengan jeep tu kalau korang biasa tengok gambar orang pergi bromo tu. Background bukit, subject/model jeep kat tengah, cun boy. Dah puas ambik gambar bagai, terus pergi ke tempat parking jeep. Sampai situ dalam pukul 8.30. Dari parking tu, kena jalan dalam 2km untuk pergi ke kaki gunung tu. So kat situ memang BANYAK GILA SERVIS KUDA. Kau bayangkan lah, dari dalam jeep lagi, rider kuda tu dah follow dari tepi jajajajajajaja mak aih. Turun2 je, banyak gila kuda datang kat kitorang haha siapa bawak pil kuda ni oi? Kuda diorang ni macam middle size lah, tak kecik macam kuda padi, tak besar gedabak macam racing horse tu, so semua orang boleh naik, semua bergantung kat diri masing masing. Macam aku memang prefer jalan je sebab nak layan view kan, campur ambik gambar lagi. Masa awal2 tu dia offer dalam 180k rupiah, so diorang akan follow je korang yang berjalan ni sampai kaki bukit. Dalam group aku ada 3 je naik kuda, lagi 3 jalan. Yg kuda follow aku ni aku buat tak layan je, dia follow je sampai kaki bukit tu, sorry ya pak. Makin dekat dengan kaki bukit, makin murah offer rider ni akan bagi, but I still dengan pendirian ecehhh haha. Aku difahamkan kuda2 ni datang dari kampung berdekatan dengan bromo ni, so rider2 ni memang cari makan dengan kerja as rider tu jelah, so kalau korang yg bermurah hati tu, naik lah kuda tu as niat nk sedekah kat diorang :)

Dah sampai kat bukit eh ke gunung rasa macam gunung lah kot sebab aktif kan so gunung berapi bromo haha so kena naik anak tangga utk ke puncak. Yg kuda tadi just hantar sampai tangga ni je, next step you have to go by your own. Masa aku naik tu ya Allah ramai nya kat atas tu, sampaikan nak naik tu tersekat sekat sebab ramai yg naik turun so kena bagi laluan bagai. Bila dah sampai atas tu ramai gila, so nasib baik geng2 yg rombongan ni dah turun, kosong sikit laluan tu. Fyi la kan, laluan kat lereng gunung tu tersangatlah sempit, sempit sangat2. Boleh max pun lalu 2 orang sebelah2, and silap langkah boleh jatuh masuk kawah tu, dah lah penghadang dia bawah paras lutut, takut jugak lah. Dah sampai atas tu, rest, grouping balik.
















Masa kat atas tu, rasa takut jugak lah sebab kau boleh dengar sendiri gunung tu terbatuk batuk haha 1st time experience seeing volcano for the first time kan. Buatnya tetiba haaaaaaaaaaa burn la flight balik Malaysia oi. So dah bila dah puas photoshoot, turun pergi cari jeep balik. Hah lupa lak nk cakap, si marwan tu dok sibuk terkejar yaya sebab phone dia dlm beg yaya, yg lagi 3 pulak naik kuda, lupa nk cakap kuda tu buat servis hantar pergi balik, so tinggallah aku jalan sorang2 kat situ. Lupa nak cakap, bila nak datang sini, make sure pakai mask, aku ada scarf cover mulut sekali tu, sebab kat sini sangatlah berhabuk, and bau something like sulphur tersangatlah kuat, so ingat ya pakai cover siap2. Sambung jalan. Dengan panasnya time tu matahari dah naik, aku pun gigih jalan tengah2 padang tandus tu, panasnyaaaaaa. Lagi satu, kat sini kan padang tandus, and pasir volcano tu sangat halus, so kalau tengah2 jalan tu boleh la nampak macam small tornado of sands depan mata korang serius weh lawa. Dia macam kalau gaara buat jutsu tu haha lol k merepek. Biasa tornado ni come out of nowhere tetiba, boleh jadi dari kuda tu lalu, even korang punya walk tu pun boleh create that things tau hahhahaha tu salah satu sebab nak jalan kaki (padahal dah pokai lol)

Dari bromo, we move to the next destination which is............

                                

K. 10.40 kitorang sampai bukit telletubies. Kenapa namanya telletubies? Tahlah nok aku pun taktau siapa create nama utk bukit ni, aku cari la jugak kan mana la tau kan tetiba jumpa tugu telletubies ke kat sini kan. So tempat ni maybe dipanggil  bukit telletubies sebab padang dia luassssss je just like rumput luas, then background gunung. tempat ni gentle best lepak chill chill, duduk tengah padang kan, then sekeliling kau semua gunung je view. Lawa, serious. Oh ya gambar kat sini dari camera lain sebab camera habis battery kat bromo tadi lol.





Dari telletubies pulak kitorang gerak ke pasir berbisik, ke bersisik. Best gila weh naik jeep kat sini haha serius lalu celah2 laluan air yang kering sakit bontot do gentle. Si yaya dgn kak shima sibuk berpickupline dengan si supir tu taulah dia comel haha kesian dia tak fokus drive bawak jeep nak behaveee je. Bersisik ke berbisik? Supir tu kata nama asalnya pasir bersisik, tapi bila orang dah ramai kena berbisik, so semua tourist panggil pasir berbisik. Kalau google pun keluar pasir berbisik. Aku ingt pasir berbisik kat bromo yg padang tandus tadi lel sebab boleh dengar bunyi deruan pasir tu dari pasir2 kecik terbang2 tu hahhh, rupanya kat sini. Sebab apa namanya bersisik? Sebab surface tanah dia tu macam ada kind of sisik2 camtu lah nah tengok gambar. taktau ah jadi sebab apa sorry baru 1st time datang lupa nk tanya supir haha maybe cuz of movement angin tu kot buat pasir dia jadi macamtu tapi seriusly pattern sisik dia macam constant gila kot seluas luas kau pandang seluas tu lah sisik dia sekataaaaaa je. 







Cuaca pun dah mendung. Semendung pakej ni lol dah habis rupanya pakej bromo ni so kitorang pun balik la homestay. Bila dah siang pun still sejuk jugak tapi tak sesejuk malam lah. Sampai2 pukul 12, dapat pulak terus lunch dengan air teh panas pehhhhhh, dengan sejuk2 penat2 camtu, dah la sedap pulak tu orang tu masak, terus send kt rumah haha. Then dh kenyang, badan dah berpeluh bagai mandi lah dulu kan pehh best air dingin semacam, pastu tertidur lol tak sempat packing. Bangun2 terus gelabah haha dah pukul satu kena terus siap nk shoot ke ijen pulak. Packing2, gerak dengan supir baru pulak, Pak Bajar namanya :) (damn simcard Malaysia tertinggal)

So perjalanan dari Probolinggo (homestay bromo ni) ke Ijen took about 5 hours jugak lah. But before that, kitorang singgah Madakaripura Waterfall at 2pm. Air terjun ni kira unik jugak tau, sebab erm entahlah tak sama dengan yang kt Malaysia punya kot haha. Supir hanya akan hantar kt entrance kampung tu je, so dari situ korang akan kena naik ojek pergi kat entrance waterfall tu. Masa naik ojek tu sembang la dgn rider tu, rupanya dia dulu pernah kerja kat Malaysia 4 tahun dah ohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh lagi2 pulak dia pernah tinggal kat puchong. So sampai kat entrance waterfall kitorang follow pak guide kitorang pulak. Aduh lupa pulak nama bapak tu haha maklumlah dah lama baru nak tulis. Actually tempat tu macam baru lepas hujan, so cuaca pun sejuk2 dingin je. Hah cerita pasal nama dia pulak kan, nama air terjun ni memang dari dulu lagi Madakaripura, dulu Raja Majapahit selalu bertapa kat air terjun tu, kind of it la yang karipura tu sorry I'm not sure about that boleh google selanjutnya lah ye hihi. Dari entrance tu untuk sampai ke tempat air terjun tu korang kena lalu kat laluan yg dah dibuat and kena jalan dalam 5-10 minit jugak lah. Ohh before that lupa lak nak cakap before korang masuk tempat tu akan ada orang jual raincoat sebab tempat tu basah, yelah dah nama pun air terjun kan memang basah lah lul. Aku dengan marwan tak beli sebab kitorang pakai winterbreaker kan haha pastu acah macam waterproof hhahaa. Masa otw tu jumpa mat salleh 2 orang dia pass raincoat tu kat kitorang hahahahaha alhamdulillah rezeki lah kan cuma kejam jugaklah sebab dia bagi dekat dengan budak yg jual raincoat tu jahatnya kitorang :') Pastu dah sampai kat situ macam gerimis gerimis tapi tak pun tu sebab air terjun tu tinggi ohhhhh patutlah basah, and lagi satu tempat tu baru lepas hujan, so air kat bawah tu memang keruh lah biasa kat hutan memang camtu kalau hujan air memang keruh. So kitorang macam risau la kan takut2 ada kepala air ke tapi pak guide tu kata gerimis takpe air tak berapa kuat. Then rupanya tempat kitorang ambik gambar tu bukan tempat yg betul2 madakaripura, I mean tempat raja tu bertapa, rupanya nak pergi tempat tu macam kena panjat batu sikit, pak guide tu sarankan laki je yg naik tempat tu sebab lagipun air hujan so tengah laju bahaya lah kiranya, so apalagi dia pun dah offer, kitorang pun gerak jelah yelah sekali seumur hidup kan cuma risiko tingggi lah pergi tempat tu huhu.









Dah habis singgah waterfall ni, pukul 4 kitorang sambung gerak ke Ijen. Masa otw singgah dinner kat restoran Bu Lely, and aku order Bebek Bakar YA ALLAH SEDAPNYA ITIK BAKAR KAT SINI MANA TAU NAK DAPAT ITIK BAKAR KAT MALAYSIA NI SELAIN ITIK GANTUNG TU? Serius weh sedap huhuu nak lagi hmmmm yaya order burung merpati goreng (1st time rasa gak), kak shima order ikan gurami@talapia bapak besar, yg lain order bebek dengan ayam. Rupanya burung merpati kat sini memang orang ternak buat lauk, lebih kurang kita burung puyuh cenggitu lah. Dh kenyang, masuk kereta sambung tidur lah jawabnya hikhik sampai sampai dah naik pergi homestay. Area homestay tu serius gelap, naik bukit je kereta ni dah macam 4wheel dah aku tengok haha padahal besar macam alphard tu. Memang homestay tu kat atas bukit, so lalu bukit jela jawabnya. Aku bangun2 tetiba pak supir dah pasang ayat2 ngaji, aku pun dengar jelah. Bila dah sampai pastu marwan pun cerita lahhhh. Katanya masa tengah lalu tengah2 hutan tu pak supir tu rasa "macam" ada something tak kena kan dengan semua orang tengah tidurnya so dia pasang lah ayat2 ngaji tu yelah kita pun bukannya tinggal sendirian kan kat alam ni. Aku pun rasa macam lain macam sebab seriusly jalan kat situ gelap gelita takda lampu jalan yelah tengah2 bukit kan, sampai masuk area gate homestay tu baru ada lampu. Annnnnnndddd sampai pun jugak kat Arabica Homestay ni pukul 11malam. So kat sini kitorang ambik 3 bilik, satu bilik 2 katil for 2 person la kan. ok yes finally dapat pun tidur nyenyak kat atas katil :')




















No comments:

Post a Comment