Sunday, August 2, 2020

PROJEK DECO DARI 'KAMPUNG' KE 'MODERN'

Salam dan Hi semua!

Tujuan saya menulis entri kalini sebab ramai yg bertanyakan lebih detail mengenai projek deco bilik kampung saya ke bilik modern yang saya share di Twitter dan FB. Jadi disebabkan terlalu banyak soalan, saya decide untuk write up la mengenai projek deco di blog saya ini.


*p/s: Harga yang saya sertakan dalam entri ni hanyalah anggaran berdasarkan ingatan saya, saya pun tak berapa ingat harga spesifik bagi setiap produk tu, dan harga pun bergantung kepada kedai tersebut

IDEA

Semuanya bermula apabila kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara sebab penularan COVID-19 kat negara ni. Mula2 boleh tahan lagi duduk rumah sebulan, dua bulan, lepastu tiba-tiba Kementerian Pengajian Tinggi keluar statement pulak yang IPT tutup sampai hujung tahun (btw I'm an IPT Student), so memang akan stay dekat rumah ni sampai tahun depan lah, time tu pun dah expect yg paling awal akan masuk uni maybe bulan 3 next year, jadi dari situ tercetus lah macam-macam idea untuk deco bilik ni.

Sejarah pasal bilik saya ni asalnya saya share bilik dengan abang saya dari kecik lagi, so sekarang dia pun dah tak duduk bilik tu lagi (bertugas di Sabah), jadi memang saya duduk sorang lah setiap hari di bilik yang sama. Jadi saya request permission dari parents nak deco sendiri bilik tu, and diorang pun approve my application request. 😂

Untuk idea, saya banyak tengok di pinterest untuk mendapatkan ilham. Sebabkan dekat situ banyak jenis design, so saya perincikan spesifik design untuk bilik ni. Untuk bilik ni, saya plan untuk buat style "workspace bedroom", bilik tidur bersertakan satu ruang untuk study, buat kerja dan main game. 


So ni contoh-contoh idea yang jadi inspirasi saya, untuk bilik tidur saya pilih tema dark blue + gold, sebab bagi saya dark blue means elegant. And one of the reason why I choose dark colour because dinding kayu ni asalnya memang warna coklat gelap, so kalau pakai cat warna putih/terang, takut tak boleh cover warna asal kayu tu, and oh yes dinding kayu ni banyak space/rongga between kayu-kayu tu, so kalau pakai warna putih lagi obvious nampak lubang-lubang warna coklat tu.

Untuk dinding kayu pula, saya decide nak buat ikut style "shiplap accent wall". Buat makluman semua, dinding style ni memang sekarang tengah trend dalam dunia deco, cuma biasanya shiplap ni buat dekat satu side dinding daripada 4 side dinding dalam bilik tu (accent wall, boleh search Google pasal ni). Disebabkan dinding bilik saya memang asalnya dah kayu, so just cat jelah nak ikut style shiplap tu 😂



WALL PREPARATION

So first thing first, kita start dengan cat dulu. Untuk cat dinding putih tu, saya pakai cat putih dinding biasa, yang ni senang jumpa dekat kedai diy, cakap je nak cat putih dinding biasa. Untuk dinding kayu pulak, saya pakai cat brand Nippon Paint. Untuk cat dinding kayu ni, perlukan cat undercoat dan odourlite matte finish for wood and metal. Mula-mula saya nak skip cat undercoat, tapi orang kedai tu cakap cat undercoat penting sebab kalau tak cat undercoat nanti warna biru tu tak naik, lagi-lagi warna asal kayu tu dah memang gelap. Dan disebabkan idea saya nak cat matte untuk dinding kayu ni, jadi perlu pergi ke kedai cat khas Nippon untuk bancuh cat custom warna tu, sebab kedai diy biasa jarang jumpa cat kayu jenis ni, kebanyakannya jual cat kayu yg jenis "glossy". Sebab bagi saya kalau cat "glossy" nanti terang benderang bilik sebab dia jenis kilat dan reflect cahaya. 

Anggaran Harga:
1. Undercoat: RM50
2. Odourlite for Wood: RM130




So saya pilih code colour NCS 7070-B10G untuk dinding kayu saya, dark blue tone plus ada sikit hijau, so colour dia jadi sikit macam deep ocean blue 

Proses-proses mengecat undercoat


Jadi selepas cat undercoat, kena biarkan seharian untuk betul-betul kering, sebab kalau tak nanti dia campur dengan cat finishing tu. Jadi selepas betul-betul kering, baru saya sambung dengan cat finishing warna biru tu. Untuk cat finishing pulak, perlukan 2 layer untuk kasi warna dia betul-betul "naik". Jadi cat satu layer, biarkan seharian, baru cat second layer.

FURNITURE 

Untuk barangan perabot pula, ok kita mulakan dengan katil dan tilam dulu lah. Untuk katil dan tilam, saya tukar katil daripada katil single ke queen sebab dah tinggal sorang, jadi sebab tu tukar ke katil queen, lagipun nanti kalau dah berkahwin ke takpun abang kakak balik sini bilik ni boleh digunakan satu family. 

Anggaran Harga:
1. Katil & Tilam: RM1000

Untuk meja pula, saya pakai balik meja yang saya guna dari zaman study kat rumah sewa, and meja ni beli dekat shopee. 



Untuk kerusi pula, saya cari kerusi secondhand dekat carousell. Mula-mula cari kerusi gaming, tapi kerusi gaming yang sedap mahal sangat pulak 😂, so saya cari kerusi office yang secondhand je. Kerusi yg saya pakai ni boleh tahan sedap ya, brand Haworth made in USA.

Taktau ada lagi ke tak kerusi ni, boleh try pm seller tu. 
(seller ni bagus, fast reply, hantar sampai depan rumah)

Untuk langsir pula, saya cari dekat nilai. Dekat GM Klang pun ada jugak, tapi tak banyak sangat choice. Kalau order custom dekat nilai, boleh siap dalam sejam or 2 jam, bergantung kepada kedai tu. Untuk measurement and harga langsir, tak silap saya yg saya beli ni RM45 semeter rasanya, yang ni pun bergantung kepada kain and kedai tersebut. 


Langsir blackout warna dark grey + ada pattern bunga2 sikit + ring

Anggaran Harga:
1. Railing: RM40
2. Langsir + upah jahit ring: RM160

Untuk lantai, mula-mula saya nak buat vinyl flooring tu, tapi lepas kira-kira balik, agak overbudget jugak lah, so saya decide beli karpet je. Untuk karpet saya pakai ni, jenis tatami karpet, senang basuh dan harga pun ok jugak lah. Size karpet saya beli ni 7ft x 5ft (size L). Beli dekat GM Klang, harga kena pandai-pandai nego la ya hehe.

Pattern ni agak unik dan agak kena dengan tema dan warna langsir bilik, lagipun karpet pattern ni tinggal satu ni je, so apalagi grab terus!

Anggaran Harga:
1. Tatami Karpet: RM60 

Untuk lampu pula, saya beli lampu dekat kedai lampu area Puchong, kat sini ada banyak kedai lampu, so pilih je mana-mana kedai yang offer the best price. Kalau yang rasa jauh nak datang tu kan, boleh try cari dekat shopee, search je "pendant light".

Antara pattern lampu yang di offer, saya pilih yang warna gold tu sebab kena dengan warna bilik

Anggaran Harga:
1. Lampu berserta mentol: RM70

Untuk kipas, saya cari dekat kedai elektrik, kipas brand Panasonic. Kenapa saya tambah kipas even dah ada aircond? of course sebab nak jimat elektrik punya pasal 😂

Anggaran Harga:
1. Kipas Siling: RM130

DECORATION

Jadi buat yang bertanyakan pasal decoration tu, kebanyakannya saya beli dekat shopee. Sebabkan saya banyak terinspirasi dari pinterest, jadi untuk decoration saya banyak letakkan lighting.

*untuk list barang decoration saya akan list kan dekat bawah sekali nanti



BEFORE & AFTER

Sebelum

Selepas

Sebelum

Selepas

Sebelum 

Selepas

Untuk keseluruhannya, masa yang diperlukan saya untuk decorate semua ni ambil masa dalam 2 minggu, since sambil deco sambil kena siapkan assigment online jugak. Untuk budget, itu flexible, dan bergantung kepada jenis deco yang anda inginkan. Untuk deco saya ni, kalau tolak katil tilam dalam RM1k++, jadi apa-apa pun saya nasihatkan anda deco lah mengikut budget anda sendiri ya, dan banyakkan survey kedai dan online shop to get the best price.

Jadi inilah sedikit sebanyak transformasi yang saya lakukan kepada bilik saya ni semasa PKP. Saya harap anda sedikit sebanyak terinspirasi daripada deco yang saya lakukan ini. Apa-apa soalan boleh diajukan kepada media sosial saya:


List barang-barang yang saya beli dekat Shopee & IKEA untuk decoration workspace/gaming space saya ni:



11. IKEA Products





12. Money Plant (yang ni boleh cari dekat plant nursery)




















1 comment: